QALQILYA, PALESTIN - KOTA DALAM BOTOL
Di mana lokasi Kota Qalqilya? Mari kita menambah sedikit info mengenai bandar Qalqilya, iaitu sebuah kota Palestin dengan penduduk yang berjumlah sekitar 50,000 di Tepi Barat, sepenuhnya dikelilingi oleh 'Separation Barrier Israel', seperti yang terlihat dalam gambar/ peta satelit di atas yang diambil dari angkasa. Hanya ada tiga cara masuk atau keluar dari Qalqilya: (1) Melalui pengkalan tentera Israel dan pusat pemeriksaan - di leher botol yang menutupi kota (dilihat di sebelah kanan dalam gambar ini); (2) Melalui terminal sempadan, yang terdapat di bahagian atas gambar - berhampiran pangkal botol, yang digunakan oleh pekerja harian dan rakyat Palestin lain yang mempunyai izin untuk bekerja di Israel. dan ; (3) Melalui jalan "Fabric-of-life", terlihat di bahagian bawah gambar. Pasukan Israel dapat menutup pintu masuk ini dan menutup bandar ini seketika pada bila bila masa mereka kehendaki. Apabila itu berlaku, produk tidak dapat dipasarkan, pelajar da