Covid-19, Benarkah kita ikut SOP?

Salam Jaga diri semua. Covid19 mengganas lagi..Patuhi SOP.

Sebenarnya sejak 2008 lagi saya telah create blog tapi tidak aktif. Sekadar buka akaun sahaja. Tak tahu apa sebab petang ini tiba tiba keinginan untuk menulis. Lupa bahawa saya pernah buka akaun tapi setakat buka sahaja😆.

Pada ketika ini Lembah Klang dikenakan PKPB akibat ledakan gelombang ke 3 Covid19. Mukim Kajang pula sudah dikategori Zon Merah. Macam macamlah yang terbenak dalam fikiran bila pergerakan terhad dan kena duduk di rumah. Ingatkan telah berakhir fenomena sejak 18 Mac 2020 yang lalu. Bila sebut pasal akur akan peraturan untuk elakkan wabak menular, seronok untuk dibincangkan. Mana tidaknya..berapa ramaikah antara kita yang betul betul patuh? Sekadar hiasan di muka dengan 'face mask' sahaja tidak cukup jika penjarakan fizikal/'social distancing' tidak ada. 

Sebagai contoh anda boleh lihat aktiviti di tempat awam.  Masih ramai yang suka berdiri rapat rapat dalam urusan harian seperti di kedai, pasaraya dan lain lain lagi. Orang kita sangat lemah bab mematuhi peraturan. Hanya pelitup muka nampak sudah berubah bila pelbagai fesyen dipakai selain daripada yang dikategorikan buang pakai. Sikap kita akur dan patuh SOP mungkin tidak. Apalagi yang dikurantin pun masih boleh lolos. Lihat sahaja yang bercuti sakan sepanjang cuti pada akhir bulan Ogos dan September lalu. Bukankah ini bermakna kita masih menyumbang kepada unsur dan faktor kegagalan? Nak cerita bab pemimpin pula, sudah pasti anda menjadi contoh dan ikutan. Jika tidak?😒

Memang begitukah sikap orang kita? Masing masing boleh menjawabnya. Bukankah ini antara faktor penularan wabak. Apakah sistem penguatkuasaan kita yang lemah? Tepuk dada tanya minda..Kita belum menang lagi. Ayuh bangkit dan berindaklah ke arah Kita Jaga Kita..

Oh Malaysiaku..😏


Comments

Popular posts from this blog

Peluang Ada Di ATOMI

Tanah Melayu 1880

QALQILYA, PALESTIN - KOTA DALAM BOTOL