Menjenguk Lokasi Pelancongan Negara Terkesan Covid 19- Republic Czech



Hai..apa khabar semua..saya share sikit mengenai lokasi menarik bersejarah ini. Namanya Chesky Crumlov, Czech Republic. Ia merupakan satu daripada lokasi UNESCO terkenal di Europe. Saya bersyukur dapat menjejak kaki di sini. Beberapa bulan sahaja sebelum wabak Covid19 melanda Wuhan, China. Tempat penuh sejarah ini sangat unik. Kalau tidak mengapa beribu ribu pelancong luar datang ke sini. Peninggalan seni bina bangunan dan kesan sejarahnya sangat menarik. Terfikir saya sejak dahulu lagi mengapa di negaraku bangunan lama kurang diberi perhatian atau tidak dijaga malah diroboh..Walhal ia mampu menarik minat pengunjung apalagi untuk anak cucu. Hmm..mungkin pemimpin kita ada jawapannya. Saya ambil positif sajalah..Kalau di eropah bangunan lamalah yang menarik minat pelancong. Ini aset sektor pelancongan dan imej sesebuah tempat di mata dunia. Ia dijaga dan dibaikpulih. Saya sendiri sempat melihatnya. Itulah uniknya di negara mereka! Banyak negara sudah saya lawat semuanya sama.

Apapun keadaan dunia yang sedang dilanda Covid 19, lokasi pelancongan seluruh dunia sangat terkesan. Semasa cerita ini ditulis tertanya tanya saya apakah ada lagi pelancong luar hadir di Chesky Crumlov pada masa kini? Sama seperti di Malaysia, pelancong luar tidak dibenarkan masuk. Pada hari cerita ini ditulis Malaysia sudahpun mencatat lebih 30,000 kes kumulatif Covid19. Secara langsung ia membawa kepada kesan sektor ekonomi yang merudum.










Comments

Popular posts from this blog

Peluang Ada Di ATOMI

Tanah Melayu 1880

QALQILYA, PALESTIN - KOTA DALAM BOTOL