Salzburg - Destinasi Yang Perlu Dilawati
Saya berkesempatan ke Austria dan melawat beberapa tempat menarik di negara ini. Terbukti Austria sebuah negara yang kaya dengan pemandangan yang cantik serta mempunyai banyak tarikan untuk pelancong nikmati. Tak puas dan ingin ke sini lagi..namun wabak Covid 19 yang melanda dunia pada ketika ini menjadikan sesiapapun perlulah menyimpan dahulu hasrat dan keinginan tersebut. Apa yang ada di Salzburg, Austria? Selain daripada deretan kedai kedai barangan berjenama untuk pelancong membeli belah serta beberapa restoran yang menyajikan pelbagai jenis makanan popular, di sini jugalah terletaknya Mozart Square. Terdapat salah satu muzium yang paling banyak dikunjungi di negara ini. Tempat ini mengambil nama seorang komposer terkenal, Wolfgang Amadeus Mozart yang dilahirkan pada tahun 1756. Walaupun di aras pertama muzium ini memaparkan benda-benda dan lukisan dari kehidupan sehariannya, di aras kedua pula ia banyak memaparkan kisah hidupnya sebagai seorang komposer opera dengan pelbagai pa